Wednesday, April 18, 2018

Kuih Lompang Pandan


Ini namanya kuih lompang pandan.....nak bezakan dnegan kaswi selain penggunaan tepung yang berbeza ialah kejadiaannya selepas dikukus.....keluar lesung pipitnya....kalau takde leaung pipit jangan berani2 panggil lompang.....bagi nama lain....lompong ker lombik ke....lombong pun boleh.....k baiiii... 


Lompang Pandan.

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
3/4 cawan gula halus
2 cawan air
10 helai daun pandan
1 sk air kapur

Kelapa parut putih
Secubit garam.

Cara-caranya:


Kisar daun pandan dengan 2 cawan air. Tapis. Satukan air pandan,tepung gandum,gula,tepung jagung  dan air kapur. Kacau sehuingga sebati.tapis. Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap. Jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak masak agar senang untuk keluarkan kuih nanti. Masukkan adunan ke dalam jag dan tuangkan ke dalam acuan sehingga hampir penuh. Kukus selama 15 minit sehingga "lesung pipit" terbentuk. Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan.Kukus kelapa parut sekejap dan gaulkan dengan sedikit garam.Hidang kuih lompang dengan kelapa parut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...