Wednesday, April 18, 2018

Cendawan Enorki Goreng Rangup


Selain sebagai hidangan sampingan dengan lauk pauk yang lain ianya sesuai juga dibuat kudapan dikala petang sambil sediakan dinner........Cendawan enorki goreng rangup.... memasak sebagai terapi stress paling winnnnn. Masak jer tau....makan jangan....hahhaha


Resepi cendawan goreng @ ZLC

3 pack cendawan enorki

*2 biji telur
*1 sk serbuk lada hitam/putih
*Garam secukup rasa
*serbuk bawang putih (optional)

ayak

2 cawan tepung gandum
3 sb  tepung jagung
Gaul rata

Cara2nya

Potong hujung cendawan ernorki. basuh dan toskan sebentar. Kemudian gaulkan cendawan dengan bahan adunan bahan *.

Bila dah sebati gaulkan dengan adunan tepung dan kirai2 je cendawan tu. Semasa menggoreng. Gunakan minyak byk dan gorengan jgn dikacau. Biarkan sehingga ia garing dan kacau sekejap sebelum diangkat. Api jgn terlalu marak, sederhana saja. Angkat dan toskan.


Sos cicah simple tapi sedap

10 biji cili masak (boleh guna cili padi masak atau cili besar atau kombinasi)
2 ulas bawang putih
1 sb cuka
1 cawan air
gula dan garam secukup rasa

Kisar semua bahan hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. (masukkan 1 sk tepung jagung yang dibancuh dengan 5 sb air jika ingin memekatkan sedikit sos)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...