Wednesday, April 18, 2018

Nasi Ayam


Menu hari minggu entah bila tak update2 kat blog ni. Kebelakangan ini masa memang cemburu sangat kat saya.....rasanya macam tak cukup dah 24 jam sehari. Kesian anak2. Urusan dunia ni makin hari makin mendesak dan kena peruntukkan masa yang terlalu banyak.

Tapi dalam sibuk-sibuk ni cuba juga la mengumpul semangat dan kederat memasak untuk makanan keluarga. Boleh botak kepala kalau hari2 nak mengadap tauke restoran.... makan kat luar.


Nasi ayam special @ ZLC

STEP 1

Penyediaan stok ayam

1 1/2  ekor ayam-  potong ikut suka
4 inci halia - hiris kasar
Air untuk merebus
Garam secukupnya

Rebus ayam hingga empuk dengan halia. Masukkan garam kacau rata. Biarkan seketika. Tutup api. Asingkkan ayam dan air rebusan.

Gaul ayam dengan :-

Garam dan Gula Secukup Rasa
3 sb kicap pekat
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk ketumbar
1 sk rempah kabsa (optional)

Goreng hingga garing.


STEP 2

Sediakan nasi

5 cawan beras (saya guna basmathi - sukatan air ikut jenis beras)
7 cawan air rebusan ayam
Garam secukup rasa
Sedikit Serbuk kunyit

Tanak nasi macam biasa. Biarkan nasi masak sepenuhnya. Biarkan nasi selama lima minit selepas masak sebelum di kareh rata). Masukkan bahan tumis di bawah dan kareh rata.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 sb minyak masak
2 sb minyak sapi

Tumis hingga naik bau dan bawang perang. Tuang dalam nasi yg telah masak sepenuhnya dan kareh rata.



Resepi nasi ayam

untuk sambal

*5 biji cili kering (rebus atau rendam hingga lembut) - campur cili padi utk rasa yang lebih pedas
*5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
6 sb kicap

Kisar * hingga lumat. Satukkan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga pekat dengan api kecil.

atau

Sos cicah simple tapi sedap

10 biji cili masak (boleh guna cili padi masak atau cili besar atau kombinasi)
2 ulas bawang putih
1 sb cuka
1 cawan air
gula dan garam secukup rasa

Kisar semua bahan hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. (masukkan 1 sk tepung jagung yang dibancuh dengan 5 sb air jika ingin memekatkan sedikit sos)



Salad kegemaran

Hirisan timun
Tomato
Daun salad
Ikut citarasa


Resepi nasi ayam

Untuk sup

Saya guna kaki dan tengkuk ayam dan air celuran ayam tadi.
1 batang lobak merah dihiris nipis
1 batang serai
sedikit pasta macaroni

Bahan tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 sb minyak masak
Tumis hingga naik bau dan bawang perang.

Pelengkap rasa

Garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang.

Tuangkan bahan tumis kedalam periuk rebusan ayam dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kemudian tabur daun sup dan daun bawang semasa menghidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...