Wednesday, April 18, 2018

Biskut samperit/dahlia traditional


Kisah weekend lepas. Ada member minta buatkan untuk sample doorgift vip majlis perkahwinan anak dia nanti.dia nak warna gini...suweet la pulakkan.


Biskut samperit/dahlia traditional

@ http://zulfadreamland.blogspot.my
1 mangkuk tepung gandum

2 mangkuk tepung jagung
1 mangkuk gula ising
1 sb tepung kastard (kali ni saya tak letak sebab taknak biskut nampak kuning)
1 mangkuk mentega
2 biji kuning telur
-------------------

Gaul semua tepung dan gula macam nak buat bread crumb.....sehingga semuanya betul-betul sebati.

Masukkan mentega dan gaul sebati.

Masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. (Kalau adunan agak keras tambah mentega secukupnya)

Guna nozel pecah 12 atau ikut citarasa. Boleh juga pilih nozel nipis panjang macam tart gulung tu.

Tekan doh di atas loyang menggunakan acuan. Hias dengan hirisan ceri. Bakar selama 25 minit suhu 170 celcius bergantung juga kepada saiz dan ketebalan.

Ni resepi orang dulu2...saya guna sukatan mangkuk air basuh tangan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...