Wednesday, April 18, 2018

Kari ikan


Lama dah tak mengari guna halba campuran. Bila masak kari tak letak halba campuran ni rasa macam tak cukup sempurna kari ikan kita tau.....dah terpengaruh dengan rasa kari ikan restoran mamak pulak.


Kari Ikan
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

1/2 kg ikan
2 sb rempah kari + 1 sk serbuk cili (campurkan dengan air asam utk jadikan paste)

4 cawan santan
1/4 cawan asam jawa

*4 tangkai daun kari
*12 biji  bawang besar
*8 ulas bawang putih
*2 inci halia

Garam secukup rasa
Bendi secukupnya
1 sk halba campuran (ikan)
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Tumbuk lumat *. Tumis * dan halba campuran hingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Masukkan santan dan bendi. Masakkan hingga mendidih.

Kemudian masukkan ikan. Biarkan hingga ikan masak. (Jangan lama sangat, anggaran 5 - 7 minit jer). Perisakan dengan garam dan tutup api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...