Wednesday, April 18, 2018

Pasta Cabonara (creamy)


Simple cabonara pasta for lunch....bila ayah takde kita layan pasta.....ada yang request cabonara....ada yang nak bolognese......macam makan kat restoran pulak yer.....takpe la hari ni ummi mood R lah sangat ...jadi layanzzzz jer permintaan diorang.

Creamy carbonara

500 gm pasta
1 sb minyak zaiiton
80 gm mentega
1 biji bawang besar - cincang halus
250 gm isi ayam -  hiris nipis
200 gn cendawan butang segar - hiris
300 ml krim masakan - saya guna separuh krim dan separuh susu segar)
1 cawan parutan cheddar cheese
Garam dan lada hitam secukup rasa


Rebus pasta ikut arahan di pembungkus.

Panaskan mentega dan minyak di dalam pan/periuk menggunakan api kuat. Masukkan bawang, cendawan dan bacon. Tumis hingga bawang, cendawan layu dan bacon garing selama lebih kurang 5 minit.

Masukkan krim & susu. Masak hingga mendidih. Kemudian renihkan selama 2 minit hingga sedikit memekat. Masukkan cheese. Masak sedikit cheese cair dan perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Saya asingkan pasta sebab masak banyak, tak makan terus.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...