Thursday, April 19, 2018

Karipap Kentang Jerawat Batu


Teruk betul kesan kalau salah guna produk kecantikankan....daripada halus mulus jadi menggurutu macam ni.... Iklan produk kecantikan wajah boleh gunakan perumpamaan karipap ni kalau nak nampak lain dari yang lainkan....heheheh....nak guna gambo hakak pun hokay....tapi kena bayar royalty....


Karipap kentang

Ini resepi inti karipap

8 biji kentang
4 sb rempah kari daging/ayam
1 sb serbuk cili
2 tangkai daun kari
7 biji bawang merah/2 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
hirisan ayam secukupnya
daun sup yang dihiris (optional)
Garam dan gula secukup rasa

_________________

Tumis bawang putih, merah, halia, daun kari yang dah ditumbuk lumat.

Pastu masukkan rempah kari dan cili. Agak2 dah orang dolu2 kata pecah minyak, tuang air secukupnya.

Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Masukkan garam secukup rasa.

Masak la hingga kentang empuk tapi jangan sampai benyek....

Kalau keledek dah empuk tapi air masih banyak.......masukkan je sedikit tepung gandum dan kacau hingga inti tu tak basah gitu....



Resepi kulitnya:

1 kg tepung gandum
400 ml air ais
1 cwn minyak (panaskan)
2 sk garam

------

Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam. Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar. Tuangkan minyak panas. Gaul rata. Masukkan air dan uli hingga sebati. Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

Kalau nak buat frozen, samada gorengkan sekejap karipap tu sebelum sejukkan dan simpan atau bakar sekejap kat dalam oven.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...