Tuesday, April 24, 2018

Mee kicap


Lama dah teringin buat mee kicap. Mula2 dengar kengkawan sekolah kat ipoh tu bercerita macam ermmmmm best ke mee kicap ni. Dua tiga hari lepas masa dok pilih2 menu untuk besday party anak2 teringat kat mee ni. Tapi masa tu google resepi, jumpa la resepi  Cik'Iza, My Resepi cnp simpan kat draft jap.

Malas nak hidang mee kuah2 camni masa jamuan. Leceh pulak. Malam tadi tengok ada baki mee jamuan haritu. Cakap kat hubby tak masak nasi....masak mee jer yer. Nak habiskan stok mee.


MEE KICAP

250 gm mee kuning
40 gm taugeh ( saya letak sawi jepun dan lobak)

Bahan untuk kuah

2 biji bawang putih ~ diracik halus
1 sudu besar minyak masak
1 cm halia ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil  pati ikan bilis
sedikit lada sulah
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Saya letak minyak bijan sikit


Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga kekuningan dan garing
Angkat bawang putih dan ketepikan
Baki minyak tadi tumiskan halia hingga naik bau
Masukkkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat.
Biar mendidih.
Masukkan lada sulah dan pati ikan bilis
Perasakan dengan garam dan gula jika perlu
Renihkan kuah hingga pekat

Ok dah siap kuah, sekarang kita sediakan pula supnya

SUP

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cawan air
1 sudu kecil pati ikan bilis
fish cake dan fish ball
sedikit lada sulah

garam secukup rasa

Kaedah penyediaan

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan air dan biar mendidih.

Masukkan pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake dan sikit garam. Biar mendidih.


Dah pun siap sup kita, sekarang bagaimana pula kita nak sediakan mee ni.

Mula kita celur mee kuning dahulu, tapis dan letakkan dalam pinggan

Kemudian kita celurkan taugeh, tapis dan letak atas mee dlm pinggan tadi

Tuangkan kuah kicap kita tadi

taburkan daun bawang , dan bawang putih yang kita dah goreng tadi

Jika ada ayam goreng, ayam madu atau ayam hainan bolehlah di hiris dan di letakkan untuk di makan bersama.

Mee ni di makan bersama Sup bebola tadi

Tambahkan sambal kicap atau cili jeruk untuk rasa yang lebih terangkat



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...