Friday, April 14, 2017

Ikan Masak Taucu


Menu kegemaran ni. dari kecik sampai ke tua masih suka makan benda ni. Alhamdulillah, anak2 suka dan hubby pun dah boleh terima masakan ni. Sayuran lain takde dalam stok jadi masukkan tomato je. Dah siap masak, hubby baru balik dan bawa tembikai, kalau awal boleh masukkan kulit tembikai yang bahagian putihnya dalam masakan ni.


Sayurnya boleh dipelbagaikan ikut citarasa....timun, timun tua, labu air, tomato, kulit tembikai, terung....ikan pun janji yg sesuai digoreng kira boleh jer....

Resepi ikan masak taucu

3 keping ikan (gaul kunyit dan garam kemudian digoreng)
4 sb taucu
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang merah hiris
4 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
cili padi belah dua secukupnya
cili hijau belah 2 secukupnya
2 keping asam gelugur
timun buang biji potong kecil
Tomato belah 4
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Cara2nya

Tumis cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu. Tumiskan seketika. Masukkan air secukupnya dan asam gelugur. 

Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato. Masak hingga sayur empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato dan biarkan seminit sebelum tutup api. Sedia dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...