Saturday, April 8, 2017

Kek coklat mudah tanpa mixer



Kek besday kedua untuk puteri2 ummi. Memandangkan kek2 yang ummi buat hari ni untuk di bawa ke majlis aqiqah cucu sedara kat rumah kakak, ummi pun buat keputusan buat dua biji kek. Satu kek cheese dan satu kek coklat ni.

Nak akan ramai2....kalau satu ketul kek jer nanti tak cukup pulak...nak buat dua ketul kek cheese bahan tak cukup. Jadi buatkan la dua jenis kek. Kalau yang tak suka cheese boleh la makan kek coklat ni.

Kek ni mudah sangat nak buat. Gaul2 jer bahan2nya dengan senduk atau whisk. Bakar atau kukus dah siap.


Kek coklat mudah tanpa mixer
Zulfaza Loves Cooking

2 cawan tepung gandum + 2 cawan gula + 1 cawan serbuk koko + 4 sb tepung jgg + secubit garam + 1 1/2 sk baking soda + 1/2 sk baking powder

Gaul rata

Kemudian campur 1 cawan minyak + 1 cawan sour cream/ yogurt

Kacau rata.
Pastu campur.

4 biji telur

Kacau lagi pastu campur

100 ml air suam

Kacau sampai adunan sebati dan nampak licin
Last sekali campur 200 gm choc chip atau chop choc.


Gaul rata dan tuangkan dalam loyang yg di alas baking paper.

Panaskan oven  oven suhu 175° C - Bakar selama 50 - 55 minit.

Ganache   200 gm chop choc + 200 gm cream = masak sampai choc hancur....tuang atas kek....hias ikut suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...