Friday, April 7, 2017

Nasi minyak dengan Ayam masak merah bersantan/susu


Menu ringkas hujung minggu. Ayam masak merah kegemaran anak2.


Ayam masak merah bersantan
Zulfaza Loves Cooking

Bahan bahan:

1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.

2 sudu besar sos cili
60 ml santan pekat
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Kacang peas dlm tin

Bahan bahan kisar halus:

4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
1 sb serbuk kari

Bahan bahan tumis:

3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum buah pelaga (saya tambah)

Cara cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis dan tumis sampai layu.

Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata. Lepas tu masukkan bahan yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan buah tomato. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.


Nasi minyak Abang Sado JJ

16 cawan beras basmathi ( saya guna pusa cream) - basuh, rendam 30 minit dengan air dan 3 sk garam. Toskan.
16 cawan air campur 5 cawan susu cair

Bahan tumis
5 kuntum bunga lawang
15 kuntum bunga cengkih
15 biji pelaga
5 batang kulit kayu manis
5 batang serai diketuk
5 helai daun pandan -  koyak dan simpul
3 biji bawang besar hiris halus
5 inci halia
1 labu bawang putih hiris halus
Hirisan 5 pokok daun sup dan 5 pokok daun bawang

Garam secukup rasa
2 ketul kecil gula batu
1/2 cawan minyak masak
2 sb minyak sapi

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga keperangan. Masukkan air campur susu. Perisakan dengan garam dan gula batu. Masak hingga didih. Masukkan beras. Bila air dah mula mengering tuangkan pewarna di dalam lubang2 yang terbentuk pada nasi yg hampir mengering. Tabur daun sup dan bawang, tutup periuk rapat2 dan kecilkan api. Masak selama 5 - 7 minit. Tutup api dan biarkan 5 minit sebelum.buka penutup dan karih nasi perlahan2 dari tepi supaya tak patah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...