Wednesday, April 12, 2017

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang ?????

Menu berbuka puasa malam tadi. Simple jer hidangan saya malam ni. Cuma sup dan telur dadar jadi hidangan kami sekeluarga. Itu pun sampai dah nak azan baru siap hidang. Nak buat pencuci mulut pun tak sempat.



Sumber resepi saya FB Chef Amer. Bila baca resepi macam ada kelainan daripada resepi yang biasa saya gunakan menyebabkan rasa teruja sangat nak guna resepi ni untuk masak tulang gearbox kambing tu. Berusaha saya melengkapkan bahan masakan supaya saya boleh merasa nikmat yang sebenar.....😅😅😅. Kalau Chef Amer masak untuk 40 kg tulang, saya cuma guna anggaran 3 kg tulang sahaja. Jadi bahan2 tu kena lah dikurangkan.

Bila tengok nama resepi ni macam pelik jer...macam cerita hantu pun ada....rupanya bila makan sup ni, bukan setakat jangan pandang belakang sebab nanti bila pandang ke mangkuk sup semula supnya dah habis dimakan di partner sebelah....pastu memang takdan dah nak pandang kiri kanan pun.....kyusuk menghirup dan menyedut sumsum...

Untuk sambal kicapnya saya buat ikut resepi biasa digunakan jer.....cili padi, bawang putih, goreng sampai layu, kemudian kisar dengan kicap (terpulang nak guna kicap masin atau manis), air suam sikit dan perahan limau. 



Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Chef Amer

40 kg Tulang Lembu
2 kg Minyak
300 gm Minyak Sapi
1 set Rempah 4 sekawan
1 kg Bwg Besar - hiris
1 kg Bwg Merah - kisar
500 gm Bwg Putih - kisar
800 gm Halia - kisar
600 gm Carrot - kisar halus
300 gm Celery - kisar halus
300 gm Leek - kisar halus
600 gm Rempah Sup - bancuh dgn air
30 lit Air
150 gm Lada Putih - kisar halus
850 gm Garam Kasar
4 kg Kentang - potong kecil
2 kg Carrot - potong kecil
300 gm Daun Sup
100 gm Bwg Goreng

1. Guna periuk 80 cm, panaskan minyak & minyak sapi.
2. Tumis rempah 4 sekawan, bwg besar, bwg kisar & halia.
3. Masuk carrot, celery & leek - kacau hingga garing.
4. Masuk bancuhan rempah sup.
5. Masuk tulang - kacau sebentar
6. Masuk air - didihkan 2 jam. 
*Semasa proses merebus akan keluar minyak & buih2 kelabu, sila ceduk & buangkan semua minyak & buih2 tu semua ya, buih2 tu dr kotoran darah & minyak dr lemak2 yg cair.!
7. Masukkan lada sulah & garam.
8. Madukkan kentang & carrot - didihkan 20 minit.
9. Masukkan daun sup & bwg goreng - tutup api.
10.Hidangkan dgn sambal kicap & limau.

Sambal Kicap Zahir Tak Terucap...

500 gm Cili Padi Thai ( yg panjang )
100 gm Bwg Putih
1 btl Kicap ABC
5 tbs Sos Tomato
3 tbs Cuka

1. Kisar semua bahan.



Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Versi Gearbox Kambing

Bahan bahan:
3 kg tulang GearBox Kambing ~ rebus dahulu hingga empuk - sejukkan dan buang lemak putih yang beku dipermukaannya
5 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
2 batang kulit kayu manis 
4 kuntum bunga lawang 
10 kuntum bunga cengkih 
10 biji buah pelaga 
3 labu bawang besar - di hiris 
6 sb rempah sup  
Air rebusan tulang secukupnya 
2 batang lobak merah ~ dadu 
2 biji kentang ~ dadu 
3 sk lada sulah
Garam secukup rasa
3 biji tomato - potong dadu 
2 batang celery - hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
Cili padi secukupnya 
Bawang goreng - tabur jika suka

Bahan Kisar:

20 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih 
3 inci halia 

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.

1 batang lobak merah 
2 batang celery 
1 pokok leek 

Kemudian, kisar pula karot, batang celery dan leek. 

Cara cara: 

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing. 

Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing. 

Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. 

Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...