Saturday, April 8, 2017

Apam gula hangus (sukatan cawan)


Buah tangan untuk majlis berendoi kat umah kakak. Mula niatnya nak bakarkan kek dua tiga biji tapi semalam mood dan kederat tak ada.

Subuh tadi menung kejap kat dapur apa nak dibuat. Nak buatkan cucur jawa tak dan nak perap, last2 pilih apam gula hangus ni jer.


Apam gula hangus (sukatan cawan)
Zulfaza Loves Cooking

Penyediaan gula hangus

1 cawan gula
1 cawan air mendidih

Cairkan gula dan masak hingga keperangan. Apabila gula telah perang masukkan air mendidih dan kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan.

2 biji telur
2 sb mentega
1 sk esen vanilla
1 sk baking soda
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sk garam


Kisar telur dan mentega selama 3 minit. Masukkan esen dan baking soda. Kisar lagi hingga sebati.

Masukkan minyak. Kisar selama 1 minit lagi dan kemudian tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk adunan. Masukkan air gula dan kacau rata menggunakan whisk. Akhir sekali masukkan tepung dan garam. Pukul menggunakan whisk hingga adunan sebati.

Panaskan pengukus. Oleskan acuan dengan minyak masak. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak bergantung kepada saiz acuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...