Sunday, April 30, 2017

Mihun / bihun / meehon goreng tomyam


Menu majlis ilmu minggu lepas. Dah lama tak masak mihun tomyam ni. Hubby mulanya suruh gorengkan mihun singapura tapi teringat pulak mihun tomyam yang dah lama tak makan.

Mihun ni kaya dengan perencah sebab ada kawan infaqkan sotong dan udang. Sedap sangat la kot...3 bungkus tak cukup....saya sendiri tak sempat nak jamah. Alhamdulillah.


Mihun / bihun / meehon goreng tomyam
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

1/2 paket meehon direndam
10 ekor udang (boleh dipelbagaikan ikut citarasa)
3 sb paste tomyam (saya guna paste homemade)
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
(kali ni saya tambah 1 sb pes cili homemade)
4 helai daun limau purut dihiris
Sawi dipotong kecil
Karot dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-------
Panaskan minyak.
Masukkan paste tomyam, pes cili dan tumiskan seketika.

Masukkan sos tomato dan tiram gaul rata dan biarkkan seketika. Masukkan karot dan daun limau purut.

Toskan meehon dan masukkan ke dalam kuali.
Gaul rata meehon. Perisakan dengan garam.

Bila meehon dah sebati, masukkan udang dan masakkan hingga udang berubah warna dan melengkung.

Masukkan sawi, gaul rata dan masakkan hingga sawi layu.

Hidangkan bersama cili potong dan bawang goreng serta hirisan limau jika suka...


Resepi paste tomyam

5 ulas bawang merah
5 biji cili merah
5 biji cili kering
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu udang kering
3 helai daun limau purut
1 inci belacan (dibakar)

air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisar semua bahan Kecuali asam, garam dan gula. Panaskan minyak. Tumis hingga naik bau. Masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga jadi paste. Sejuk dan simpan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...