Tuesday, April 4, 2017

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT


Membrownies hari ni. Teringin nak makan dah dua tiga minggu ni tapi tak terbuat-buat. Semalam balik kerja, ingat nak masak lauk dulu sebab paginya tak sempat nak memasak tapi rupa-rupanya hubby sayang dah masakkan ungkep ayam pencen untuk makan malam. Alhamdulillah.... 

Since tenaga untuk memasak lauk tu tak perlu digunakan untuk tujuan itu maka saya pun terus la juga singsing lengan jubah untuk adun brownies ni dan blondies seloyang....semangat jangan dipadamkan begitu aje. Siap jer bakar brownies saya terus hias dan panggil anak-anak kebawah. Bagi surprise kat diorang.....happy tau tengok anak2 makan dengan riang-rianya sebab ada cekelat dan popcorn kat atas tu....

Bakinya saya bekalkan diorang ke sekolah....dan sedikit untuk bekal saya ke pejabat.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT @ ZLC

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik)
30 gm serbuk koko


CARA-CARANYA :

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.


Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...