Monday, December 19, 2016

Pankek mayonis

Sarapan pagi dua minggu lepas kot....baru dan nak update. Pankek mayonis. Sedap dan mudah. Makan dengan madu atau maple syrup nyaman sungguh.


Pankek mayonis @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
3 sb minyak zaiton atau minyak masak
2 sb mayonis
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake


CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan semua bahan dan kacau guna whisker hingga rata dan adunan licin.

Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...