Friday, December 9, 2016

Nasi Pandan Ayam Rangup


Menu weekend minggu lepas. Ada tetamu dari Terengganu dan adik beradik, anak2 buah dan cucu datang. Kali ni tak sempat nak posing2.....siap masak pun lambat. Pukul 3 baru hidangan makan tengahari siap.

Fuhhhhh....dah kira minum petang. Sepanjang hari di dapur. Sediakan sarapan sampai la makan malam. Supper jer tak buat.....fengsan.


Pinjam gambar kat post terdahulu...tak sempat nak posing kali ni. Resepi boleh guna resepi klik ajer di link ini. Atau boleh juga guna resepi d bawah ni:-

10 biji cili merah + cili padi merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1/2 cawan cuka
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air + 1 sk tepung jagung
6 sb sos cili

Masak hingga mendidih dan pekat.


Nasi Pandan

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan sesikit garam dan toskan.

4 cawan air rebusan ayam
1 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dengan secawan air)
Garam secukup rasa

*2 inci halia
*5 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

1/4 cawan minyak untuk menumis

Hiris *.  Panaskan minyak dan tumis * dan rempah tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air pandan dan rebusan ayam.

Masak hingga mendidih. Masukkan beras. Perisakan dengan  garam secukup rasa. Masak hingga air mengering. Kecilkan api dan tutup rapat periuk. Biarkan nasi masak selama lebih kurang 5 minit. Tutup api dan biarkan sekurang2nya lima minit sebelum dikareh.


Ayam goreng rangup

7 bahagian dada ayam. - potong nipis
1 sb serbuk halia
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk lada hitam
1 sb serbuk cili
3 sb kicap masin
1 sb gula perang
2 sk garam atau secukup rasa

Gaul sebati. Perap. Selama 1 - 2 jam.

Bahan salut

1 biji telur
Serbuk roti secukupnya

Masukkan telur ke dalam mangkuk ayam yang diperap tadi. Gaul rata. Ambil sekeping dada ayam dan golekkan ke atas serbuk roti hingga bersalut rata. Goreng dengan api sederhana hingga ayam masak dan keperangan. Angkat dan toskan.



Sup

Bahagian leher, kaki, dan tulang2 ayam. Rebus dengan 3 keping halia. Asingkan  4 cawan stok.

*2 inci halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

2 biji kentang - potong kiub
1 batang lobak merah - potong kiub
Hirisan daun sup/bawang/ketumbar
Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Hiris *. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah dan * hingga keperangan. Tuangkan dalam periuk sup. Masukkan kentang dan lobak merah. Rebus hingga empuk. Masukkan daun sup/bawang/ketumbar. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...