Saturday, December 3, 2016

Cendawan Goreng Rangup


Hari ni macam2 menu goreng2. Fillet ikan goreng, peria goreng, ayam goreng, cendawan goreng.... Layannnn.


Resepi cendawan goreng @ ZLC

1 kilo cendawan
1/2 kilo tepung gandum
Nak sedap campur tepung jagung
Nisbah 1 bahagian tepung jagung : 3 bahagian tepung gandum
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili

Gaul rata

Kisar:

1 labu Bawang putih
1 sb Serbuk lada putih/hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
200 ml air

Cara2nya

Campuran bahan blender dengan cendawan. Jika cemdawan sikit, Masukkan campuran cecair tu sikit2. Ramas2 cendawan sampai cendawan tu sebati.

Jgn terlebih adunan cecair tu. Bila dah sebati baru tuang tepung dan kirai2 je cendawan tu. Semasa menggoreng..gunakan minyak byk dan gorengan jgn dikacau. Biarkan sehingga ia garing dan kacau sekejap sebelum diangkat. Api jgn terlalu marak, sederhana saja.Angkat dan toskan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...