Monday, December 19, 2016

Sosej ayam homemade


Dah lama berhasrat nak buat sosej ni. Anak2 suka sgt makan. Yang beli siap tu tak bagus di makan. Buat sendiri sedap dan lebih terkawal bahan yang digunakan.

Saya buat ni, selepas dikukus saya simpan beku.



Sosej Ayam Homemade

3 ketul dada ayam 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sb serbuk lada hitam
1 sk serbuk lada putih
1 batang lobak merah (optional)

Kisar hancur

5 sb tepung ubi/sagu
1 1/2 sk garam

Plastik aiskrim Malaysia secukupnya untuk membungkus

Gaul sebati semua bahan. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan adunan ke dalam plastik aiskrim, padatkan dan simpul hujungnya. Buat hingga selesai.
Kukus selama 10 minit. Sejukkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...