Saturday, December 3, 2016

Bubur Sumsum

Hidangan minum petang yang sempat disediakan sebelum ke surau untuk sediakan juadah bihun tomyam untuk majlis ilmu lepas maghrib nanti. Sebelum asar saya siapkan dulu juadah ni untuk tetamu2 yang terpaksa ditinggalkan di rumah.

Nak masakkan yang lain tak sempat...kesuntukan masa. Jadi saya pilih menu ni....simple tapi sedap ya amat. Tak sempat sejuk anak2 saya dah santap. Pada hal baru lepas makan tengahari.... Bubur ni sedap kalau maan sejuk2....tambahan kalau bulan puasa.....nyaman jer lalu kat tekak nih.


Bubur sumsum @ ZLC

Bahan2:

1 cawan + 2 sb tepung beras
4 1/2 cawan santan (lagi pekat santan lagi lemak buburnya - nak lagi sedap kisar kelapa parut dengan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma dan warna semulajadi)
1 sudu teh garam

Cara2:

Campurkan semua bahan2 tadi. Masakkan dengan api sederhana.

Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.

Bila adunan tepung nampak berkilat dan meletup2 tutup api.  Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas.


Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.

Kuah gula merah

Gula merah/nisan/melaka
Air

Kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...