Sunday, December 4, 2016

Sagu Gula Melaka


Minum petang hujung minggu. Ringkas tapi sedap. Ni kategori menu sihat juga....santan asli, gula apong atau gula melaka, sagu....ermmmm nyaman.

Nak sediakan menu ni tak perlu sukat2 pun boleh.....Insya Allah success.....mudah sangat.


Sagu gula melaka

Bahan2nya

2 cawan santan pekat (dinginkan) (boleh guna santan kotak)
1 cawan air gula melaka (gula melaka dimasak dengan air dan daun pandan simpul) - dinginkan

2 cawan sagu
2 liter air

CARA MEMBUATNYA :-)

Rendam sagu selama 1/2 jam, toskan. Didih 4 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago.

Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran atau bekas besar. Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).

Untuk menikmatinya, keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan  dan curah air gula melaka secukupnya atas sago.........sedap dimakan sejuk...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...