Sunday, December 4, 2016

Nasi Goreng Bunga Kantan


Nasi goreng menu sarapan pagi. Stok nasi sejuk banyak. Malam tadi tak ramai makan kat rumah sebab ada majlis ilmu. Kekenyangan dengan bihun tomyam.


Nasi goreng bunga kantan

4 mangkuk nasi sejuk
2 sb cili kering kisar
2 biji bawang besar dihiris
2 kuntum bunga kantan hiris halus
Garam secukup rasa
Perencah pilihan
Sayur pilihan

Panaskan minyak. Tumis bawang, bunga kantan hingga keperangan dan naik bau. Masukkan perencah dan goreng seketika. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan nasi, gaul rata dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masukkan sayuran dan gaul rata. Tutup api setelah sayuran layu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...