Thursday, December 1, 2016

Kek Mentega Pandan



Membaking lagi hari ni. Permintaan tinggi untuk kek dan keturunannya bila ramai2 tetamu ni. Seronok tengok kek begitu laris...keluar jer dari loyang terus jer potong dan kena makan. Anak2 buah suka sangat. Kalau diorang ada saya jadi makin semangat nak membaking.

Esok nak buat kek apa pulak yer....Ermmmm....tungguuuuuuuu


Kek mentega pandan

Bahan-bahan :
250 gm mentega
200 gm gula perang halus
6 biji telur gred C
1 sk esen vanila
1 sk perisa pandan
1 sk pewarna hijau
220 gm tepung gandum ayak dengan 1 sk baking powder
6 sb susu segar

Cara-cara :
Lapik loyang 8" x 8" dengan baking paper.
Panaskan oven 170 celcius.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji pukul kemudian masukkan lagi telur dan pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar tadi dan kaup balik menggunakan senduk.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian di masukkan perisa pandan dan juga pewarna hijau.
Masukkan selang seli adunan asal dan juga aduanan pandan.
Akhir sekali bakar dengan suhu kepanasan 175 celcius dalam masa 40 minit atau sehingga kek masak bila di cucuk dengan lidi. (ikut oven masing-masing)
Bila kek telah cukup masak keluarkan dari oven. Biar kan sebentar dalam 2 atau 3 minit. Keluarkan dari loyang dan sedia untuk dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...