Saturday, December 10, 2016

Ayam goreng berempah disubuh yang hening


Ayam goreng berempah subuh sepei nama resepi hari ni. Hehhehe. Kul 5 pagi dah kelentang kelentung kat dapur MIL. Arini masak awal. Sebabnya nak balik terus ke Shah Alam selepas hantar makanan kat spital. Target pukul 7 pagi dah boleh gerak dari kampung.

Semalam sebelum balik dari spital dah tanya MIL nak makan apa. Asalnya dia minta masakkan ungkep ayam pencen tapi menantunya ni tak pandai dan tak pernah masak sebab tak gemo makan....hehhehe. Nanti la hakak try masak suatu ketika nanti. Jadi sudahnya dia kata buatkan ajer ayam goreng berempah yg letak daun kari tu.

Disebabkan malam tadi sampai kampung dah lepas isyak jadi takde le keberanian nak ke belakang mengambil daun kari dan subuh ni pun gitu le juga. Gitu je ler teman persembahkan.....ayam goreng berempah tanpa daun kari.....dap la jugak.


Ayam Goreng Berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih (ni pun tak letak sebab nak cepat)
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak (kali ni saya tak letak serbuk cili tapi ganti ngan serbuk kari sedikit supaya tak pedas sebab MIL tak makan pedas)
Daun kari secukupnya (tak letak kali ni)
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

------
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.

Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...