Saturday, December 3, 2016

Peria goreng rangup dengan daun kari


Menu kegemaran saya tiap kali pergi makan kat restoran mamak. Bila masak camni hilang rasa pahitnya. Sedap sangat. Sepatutnya peria ni potong bulat2 tak perlu buang bijinya pun....tapi tak sempat nak pesan dah dibelah dan dibuang bijinya....

Takpe la...sedap juga potong macam mana pun...😃😃


TEPUNG TEMPURA

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung ‘katakuriko’ atau tepung jagung
1 sk serbuk kurma
1 sk serbuk cili
1 sk baking powder
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
¾ cawan air sejuk (ais)
1 biji peria potong bulat dan nipis (kali ni pembantu tukang masak silap potong)

CARA MEMBUAT:

Campurkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk.
Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
Celupkan peria dan daun kari dan goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Angkat dan toskan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...