Monday, December 19, 2016

Roti poket rangup (crispy pocket bread)


Minum petang semalam. Roti yang dibeli dan hampir luput tarikh saya gunakan untuk selamatkan dia dari terbuang. Bila buat macam ni terlajak laris roti tu. Sedap sangat katanya.

Untuk filing saya cuma guna sosej homemade dan salad segar. Kemudian saya paipkan campuran sos cili, tomato dan mayonis. Selamat satu buku roti....Alhamdulillah.


Roti poket rangup

Roti slice (saya guna gardenia)
Serbuk roti
Telur
Minyak untuk menggoreng

Ambil dua keping roti. Leperkan kedua2nya dengan penggelek. Tekap dengan mangkuk plastik saiz yg bersesuaian dengan saiz roti.
Buat hingga selesai.

Pecahkan telur dan pukul sebati.  Celup roti yg telah dileperkan dengan telur. Kemudian salut dengan serbuk roti. Buat hingga selesai. Panaskan minyak. Guna api sederhana kecil dan goreng roti tadi hingga kembung dan keperangan dikedua2 belah.

Potong dua roti yg telah digoreng. Isikan dengan filling pilihan seperti daging, ayam, sosej, udang, sotong dan sayuran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...