Wednesday, August 8, 2012

Fruit Tart

Resepi shell yang dikongsi oleh cute oven small kitchen.
Utk shell
Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C (kalau gunakan telur besar-buang sedikit putihnya)
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum

Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu. Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak atau  selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah.
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
-----
Ini petua supaya kelembapan kastard tidak meresap ke dalam shell menyebabkan shell lembik.

Coklat masakan secukupnya, cairkan menggunakan kaedah double boiler. Sapukan coklat ke dalam shell tart. Simpan di dalam bekas kedap udara untuk digunakan bila-bila nanti.

Untuk kastard

3 sudu tepung kastard
750 ml susu (boleh di letak 50/50- air/susu kalau tak suka terlalu lemak)
4 sb gula (boleh lebihkan kalau suka manis)
-------------
Masakkan di atas api. Kacau hingga likat.
Sejukkan di dalam peti ais, kalau kastard terlalu cair (boleh tambahkan tepung kastard (bancuh dengan sedikit air) dan masak semula).
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell

Untuk hiasan
Buah-buahan ikut kegemaran masing-masing.
Potong kecil dan susun di atas kastard


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...