Monday, August 27, 2012

Puding Sago Pelangi


Resepi yang dikongsi di Kongsi Resepi...sepatutnya berlapis2..tetapi sebab masa tak mengizinkan saya tuangkan sekali....takpe next time buat kita lapiskan ye...Rasanya lemak2 gitu dan manis2 buah...kalau yang suka manis kena lebihkan sikit gula...tapi yang menjaga kesihatan biar je camtu...sedap dah kalau makan sejuk2 lagi best...
  • 1 cawan biji sagu
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair
  • 200 ml santan pekat (lina pg gn ayam brand)
  • 4 jenis pewarna kegemaran
  • secubit garam
Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...

NOTE:Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...