Minum petang. Lepas makan tengahari terus adun roti untuk minum petang dan kacau sekaya sambil tunggu BM siap menguli.
Resepi Doh @ ZLC
Bahan - Bahan :
500g tepung gamdum
50g gula kastor
5g garam
50g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener
8g yis
70g marjerin @ shortening
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
225 gram air sejuk (peti ais) (kalau guna gr superbake tambah air jadi 250 gm)
Kali ni saya tambah 1 sachet nescafe ceramel latte dan 1/2 cawan dried cranberry)
Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker:
Masukkan air, susu tepung, gula kastor, garam & telur ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker. Pilih menu dough ikut BM masing2. Uli lebih kurang 5 minit kemudian masukkan shortening @ marjerin ke dalam bread maker.
Keadah uli manual
Satukan semua bahan kecuali mentega. Uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga tak lekat di besen dan tangan hingga doh berkilat dan elastik.
Biarkan mengembang selama sejam. Tumbuk doh dan uli sedikit untuk membuang anginnya. Kemudian bentuk dan bahagi doh ikut citarasa.
Susun di atas loyang yg di gris mentega. Buat hingga selesai.
Perap 3 - 4 jam (ikut keadaan suhu). Spray air atau boleh sapu egg wash dan taburkan hiasan. Bakar suhu 180 celsius selama 20 - 30 minit.
No comments:
Post a Comment