Sunday, August 30, 2015

Nasi mandy

Lama betul tak masak nasi mandy selalu buat kabsa dan nasi minyak arab jer. Sesekali sedap makan mandy yg lebih ringan rasa rempahnya. Petang ni balik dari kenduri kawen terus jer ke dapur untuk memasak. Ada tetamu mlmnya. Resepi dari Lydia honey saya guna untuk menyediakan juadah ini.

Dalam menyediakan mandy yg ori, bau asap tu yang penting. Arang dibakar dan di tuang minyak bagi mengeluarkan asap di letakkan di dalam periuk nasi dan ayam bagi mendapatkan aroma mandy yg lazat.

Satu lagi kalau nak ikutkan pewarna yang digunakan dalam penyediaan nasi arab ni adalah pewarna alami dari stigma bunga yg dipanggil safron. Tapi sementelah harganya yang agak tinggi pilihan kedua iaitu pewarna makanan buatan digunakan. Dari segi rasa tak banyak berbeza cuma katanya kalau guna safron baunya lebih harum...


Sebahagian koleksi safron kesayangan hamba...koleksi la sangat sebab sayang nak guna. Yg botol tutup gold tu pemberian biras...beberapa gram tu harganya rm180. Yg kotak 4 segi tu saya beli dari mekah. Yg botol belkang tu dan dalam paket tu dibeli dibahrain dan saudi....pemberian dari adik ipar yg tinggal di sana.

Ini arang yang saya guna untuk mendapatkan aroma asap dalam nasi dan lauknya.....dah bakar arang tu saya letak dalam remekin sebelum masukkan dalam periuk dan tuang minyak.


Nasi ni saya masak tak follow cara lydia sbb takut nanti tak pandai agak jadi mentah. Saya sukat air ikut sukatan 1 cawan beras basmathi : 1 1/4 cawan cecair. Saya tumis dulu rempah tumis kemudian masukkan air rebusan ayam ikut sukatan dan garam secukup rasa. Kemudian didihkan sebelum masuk beras yg dah direndam dan tos tadi. Bila air dah hampir kering saya kecilkan api...titiskan pewarna, susun ayam.....letak remekin yg berisi arang....tuang minyak dan tutup periuk rapat2 (tindih lesung). Biarkan 10 minit. Tutup api. Biarkan 5 minit sebelum buka penutup, keluarkan remekin dan ayam......kareh nasi......

Ayam tadi saya grillkan sikit atas pan supaya ada garing2 skit......gitew ler yg ambe buat untuk sediakan menu nih yer....

Panjang dah cerita ni....jom tengok resepi....boleh la mencuba lepas ni....
(Untuk mix spice arab tu boleh cari kat kedai jual barangan timur tengah)

Nasi Mandy Ayam

Bahan-bahan 

1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan di
1/2 sk ketumbar - biji
1/2 sk jintan manis - biji
1/2 sk lada hitam - biji
1-2 helai daun bay
1 sk all spices/mix spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
1 inci halia- diketuk sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk sedikit

Bahan Untuk Nasi :-

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan
3 sb minyak sapi
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3 cwn kismis (tak letak pun tak pe)

Rempah tumis:-

1 batang kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning/ safron- tak der pon takpe
Garam secukup rasa.

Bahan lain:-

1-2 cmb minyak masak
Seketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..) aluminium foil/remekin

Cara-cara 

Penyediaan Ayam :- 

1. Rebus ayam bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi.

Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.

Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pkl pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...

Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.

Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...

Hidangkan dengan salasa tomato dan salad (jarjir/salad/lemon/kubis/carrot, timun, dan bawang besar yg kaler putih..

Untuk salsa tomato

Blend 1 - 2 biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar (kalu nak pedas letak la cili api). Masukkan jus lemon dan garam + gula secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum hidang



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...