Wednesday, August 19, 2015

Ikan bilis goreng istimewa

Menu istimewa tapi ringkas ni jadi pilihan juadah makan tengahari....tengok jer dah teruja nak cuba....dapat jer bahan2nya di pasar tadi terus jer rancak menghiris. Yang kurang bestnya cuba tak dspat bilis yg cantik....tadi tu sume bilisnya dah berdebu skit dan lembam...bilis lama. Tapi dek sebab tak sabar nak masak menu nih jadi beli la jugak...

Sumber resepi saya kali ni Zanita Ramli @ MATBAHNA AL ARABI..

IKAN BILIS GORENG ISTIMEWA

Bahan2nya

Satukan semua bahan dibawah.


15 biji cili padi + 2 biji cili merah dihiris


2 labu bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis



1 sudu besar jus lemon

9 helai daun limau purut. Urat daun dibuang dan hiris nipis


3 batang serai dihiris menyerong

80g lengkuas dihiris nipis

2 kuntum bunga kantan dihiris nipis

80g ikan bilis dicuci dan toskan
1 cawan minyak

Cara:

1) Panaskan minyak dan goreng semua bahan yang telah disatukan sehingga bawang kelihatan garing. Tuangkan ke dalam penapis dan toskan


2) Panaskan semula minyak yang telah diguna. Goreng ikan bilis sehingga garing
3) Tuangkan ikan bilis ke dalam penapis


4) Panaskan kuali semula dan masukkan semua bahan-bahan yang telah digoreng. Kacau sehingga rata. Kecilkan api dan goreng sehingga kelihatan kering.

Dah siap pun......apa lagi....nasi pun baru masak...panas berasap lagi...

Ringkas jer hidangan tengahari ni....tapi dah cukup utk buat nasi bertambah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...