Wednesday, August 19, 2015

Nasi lemak sambal udang


Hari dan kebanyakan harinya saya sediakan heavy breakfast untuk keluarga. Dah terbiasa...org dlm rumah ni tak pandai dan breakfast dengan roti sapu jem atau cereal atau kuih saja.... selalunya untuk sarapan saya buat nasi goreng ke, mee atau pasta dan hari ni nasi lemak. Kuih atau roti tu kalau ada pun sebagai tambahan atau hidangan sampingan kata orang...

Nasi lemak ni kesedapannya terletak pada sambalnya....sedap sambal sedapla nasi lemak tu. Nasi lemak saya pagi ni saya hidangkan dengan telur rebus dan sambal udang. Hari ni ada rajin lebih sikit, jadi sabuang kulit udang udang saya kopek dulu.....selalunya ermmmmmm. 

Sambal tumis udang

1/2 kg udang sederhana - basuh bersih dan kopek kulitnya
15 biji cili kering - rendah atau rebus lembut dan kisar bersama 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 1/2 inci halia.
4 sb air asam jawa pekat
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan minyak masak

Dalam kuali tumis cili kisar tanpa minyak hingga airnya hampir kering dengan api sedehana. Kacau selalu. Masukkan gula. Kacau rata. Masukkan air asam, serai dan daun kunyit. Kacau dan biarkan sebati seketika. 
Tuangkan minyak masak dan kacau rata. Masak hingga pecah minyak. Masukkan udang dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali hingga udang masak sepenuhnya.

****menumis cili, bawang dll kisar tanpa minyak mengurangkan letupan kecil cili yg mengotorkan ruang memasak dan cili yg ditumis dengan minyak kemudiaannya lebih cepat pecah minyak.


Nasi lemak

5 pot beras
6 1/2 cawan santan (jumlah ikut jenis beras)
Garam secukup rasa
2 inci halia hiris nipis
1 sk halba kalau suka
1 helai daun pandan

Satukan dan tanak seperti biasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...