
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, October 12, 2017
Pasta Cabonara
Dah 3 hari tak buatkan breakfast anak2....bila semlm anak dok kata lapar bila tengok ummi tak masak apa2 rasa kesian pulak....hari ni buatkan cabonara jer....masing2 bawa bekal pasta ke sekolah.
Spaghetti carbonara
500 gm spaghetti
1 sb minyak zaiton
8 keping bacon lembu @ 5 batang sosej - cincang
3 sb minyak zaiton
1 biji bawang besar dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
4 biji telur
1/2 cawan parutan Parmesan cheese
Garam dab serbuk lada hitam secukup rasa
2 sb parsley segar cincang
2 sb parutan Parmesan cheese
1/2 cawan krim masakan
Cara2nya
Rebus spaghetti dengan garam secukup rasa hingga lembut. Toskan dan gaul dengan 1 sb minyak zaiton, ketepikan.
Masukkan 3 sb minyak zaiton ke dalam kuali.
Masukkan bawang dan tumis hingga bawang layu. Masukkan bawang putih dan tumiskan seketika hingga terbit bau. Masukkan udang tadi serta spaghetti yg telah ditos. Gaul sebati, tambah minyak zaiton jika pasta kelihatan kering atau pun melekat antara satu sama lain. Seterusnya masukkan telur yang telah dipukul sebati. Dan kacau rata hingga telur masak. Segera masukkan keju serta krim masakan dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. (Keju serta spaghetti mempunyai rasa masin, jadi berhati2 ketika memasukkan garam, jgn berlebihan).
Pindahkan ke dalam mangkuk hidangan.
Terung Tumis Berlada
Pilihan menu yang mudah-mudah jer pepagi ni. Tadi buatkan udang kunyit...pastu tumiskan terung dengan lada jer. Siap....dua menu untuk makan tengahari.
Terung Tumis Berlada
2 biji terung potong ikut suka
Sejemput ikan bilis
3 sb cili kering kisar
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Panaskan lebih kurang 1/4 cawan minyak masak. Masukkan terung dan goreng hingga hampir lembut. Masukkan ikan bilis dan bahan2 hiris. Tumiskan hingga terbit bau. Masukkan cili dan asam gelugur. Tumis hingga pecah minyak. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan tutup api. DONE.
Udang Goreng Kunyit
Subuh ni masakkan menu simple2 ajer untuk lunch.Dah agak lama juga saya tak sediakan lunch subuh-subuh kitab ni. Tak plan awal pun apa nak masak. Bangun pagi tadi baru la memikirkan menu yang sesuai dengan bahan2 yang ada. Teringat 2 pack sayur kimchan masih berbaki dalam peti sejuk tu....udang yang dibeli kat jeti perpat pun masih belum dimasak. Udang ni kena masak cepat....nanti hilang manisnya kalau lama2 sangat beku dalam freezer tu.
Udang goreng kunyit
http://zulfadreamland.blogspot.my
500 gm udang
1 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
2 inci halia hiris
20 biji cili padi ketuk/hiris
Sedikit sebuk kunyit
2 paket kimchan/kudup bunga lili/bunga pisang
1 batang lobak merah - potong 2 inci panjang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan kunyit, udang dan sayuran. Tumis hingga udang masak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Done!
Wednesday, October 11, 2017
Hasil berbudi pada tanah di ladang sekangkang kera
Lama dah tak share cerita ladang sekangkang kera. Sejak mula berkerja semula...masa agak terhad. Pokok2 kat halaman ni macam tak berapa nak hidup subur....lama dah tak berbaja....tak merumput. Yang kat kebun boleh tahan...subur jugak walau pun entah bila2 sekali jengok.
Sekarang ni hujung minggu tak berapa nak dan berkebun. Ada jer hal yang nak diuruskan. Weekend baru ni lepas anak amik bahagian dalam sukan tahunan, saya pergi la ke kebun sekejap....nak tengok pokok2 yang dipindahkan sebelum ni. Pokok cili kot2 ada rezeki....serai kat rumah pun dah nak habis stok.
Alhamdulillah....lumayan juga hasil lawatan kali ni....pisang tak sangka2 dapat byk tu....sebelum ni habis kena rembat dengan manusia cetek iman. Dalam suka tu ada juga sedihnya sebab ini hasil terakhir sebab semua pokok pisang akan dilupuskan.....pokok dah rosak.....tahun depan nak tanam semula.
Seronok bercucuk tanam ni bila masa nak mengutip hasil. Biar pun tak sebanyak mana tapi bahagianya sampai boleh senyum sampai ke telinga. Teraphy yang baik....tengok pokok ada hasilnya. Berbudi pada tanah......
Kuih Kasturi
Minum petang semalam. Kuih ni saya buat dari lebihan bubur kacang utk majlis ilmu di surau. Bila buburnya dah tinggal isi jer....kuahnya dah kering kena hirup, semuanya tak mau bungkus.
Sayang pulak kalau dibuang. Saya bawa balik........tambah santan dan garam gula dan buat aiskrim malaysia....sebahagian isinya saya tambah gula garam, tepung dan kelapa parut buat kuih kasturi yang juga dikenali sebagai kuih rengas ni.
Kuih Kasturi
Bahan2nya
1 cawan kacang hijau rebus
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut
1/4 cawan gula (atau ikut citarasa)
Secubit garam
*********
Kalau nak kuih yang lembut, jumlah tepung dalam adunan kena letak sikit jer...jadi bila merebus kacang pastikan jangan terlalu berair...tambah air skit2 masa merebus. Kacang tu pulak rendam 2 jam supaya cepat empuk. Air rendaman kena tukar sesekali supaya kacang tak.masam.
Dan bila dah empuk baru masukkan gula dan garam. Masakkan hingga gula hancur. Kemudian dah sejuk skit tambah tepung dan kelapa parut. Gaul sebati jadikan doh lembut. Bulatkan ikut saiz yg kita nak dan leperkan sikit.
Tepung salut
1 cawan tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/2 - 3/4 cawan air
Satukan semua bahan. Gaul sebati. (Adunan tidak terlalu cair, macam tepung goreng pisang tu yer).
Celup kuih dalam tepung dan goreng hingga keperangan dengan api sederhana.
Tuesday, October 10, 2017
Biji nangka dan cempedak rebus
Kudapan orang kampung macam saya ni....masa kecik2 dulu. Asal makan nangka ngan cempedak jer bijinya kumpul....rebus empuk pastu masukkan garam dan gula.
Saya rebus tukar air dua tiga kali untuk hilangkan getahnya...kalau tak buat camtu bila makan nanti getahnya melekat kat lelangit...
Rasa apa erkkkk biji nangka/cempedak rebus ni????? Sedap....macam makan buah berangan yang mahal tu. Cuba la....kalau tak nak makan macam tu saja boleh jugak dimasak dengan gulai tempoyak, masak lemak atau kari.
Aiskrim Malaysia perisa bubur kacang
Hari minggu baru ni, ada yang infaqkan bahan untuk dibuat bubur kacang sempena majlis ilmu di surau. Banyak pulak isinya yang tinggal....kuahnya dah kering. Sayang pulak kalau dibuang.
Isinya saya bawa balik dan tambahkan gula, garam dan santan. Saya buatkan aiskrim. Banyak juga dapat....anak2 pun rajin menolong sebab excited nak makan aiskrim banyak2....
Ada sedikit lagi baki isi kacang tu saya campur tepung dan kelapa parut utk jadikan kuih kasturi
Aiskrim Malaysia (Bubur Kacang Hijau)
500 gm Kacang hijau - rendam 2 jam (tukar air selalu)
1 ketul Gula melaka
Gula dan garam secukup rasa
3 liter Santan pekat
Air aecukupnya
Daun pandan simpul
Rebus kacang hingga empuk. Masukkan daun pandan, gula melaka, gula dan garam, . Masak hingga gula hancur. Masukkan santan dan air. Masak hingga mendidih.
Dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam plastik aiskrim, simpul ketat dan bekukan dalam peti ais.
Isinya saya bawa balik dan tambahkan gula, garam dan santan. Saya buatkan aiskrim. Banyak juga dapat....anak2 pun rajin menolong sebab excited nak makan aiskrim banyak2....
Ada sedikit lagi baki isi kacang tu saya campur tepung dan kelapa parut utk jadikan kuih kasturi
Aiskrim Malaysia (Bubur Kacang Hijau)
500 gm Kacang hijau - rendam 2 jam (tukar air selalu)
1 ketul Gula melaka
Gula dan garam secukup rasa
3 liter Santan pekat
Air aecukupnya
Daun pandan simpul
Rebus kacang hingga empuk. Masukkan daun pandan, gula melaka, gula dan garam, . Masak hingga gula hancur. Masukkan santan dan air. Masak hingga mendidih.
Dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam plastik aiskrim, simpul ketat dan bekukan dalam peti ais.
Subscribe to:
Posts (Atom)