Wednesday, October 11, 2017

Kuih Kasturi


Minum petang semalam. Kuih ni saya buat dari lebihan bubur kacang utk majlis ilmu di surau. Bila buburnya dah tinggal isi jer....kuahnya dah kering kena hirup, semuanya tak mau bungkus.

Sayang pulak kalau dibuang. Saya bawa balik........tambah santan dan garam gula dan buat aiskrim malaysia....sebahagian isinya saya tambah gula garam, tepung dan kelapa parut buat kuih kasturi yang juga dikenali sebagai kuih rengas ni.


Kuih Kasturi

Bahan2nya

1 cawan kacang hijau rebus
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut
1/4 cawan gula (atau ikut citarasa)
Secubit garam

*********

Kalau nak kuih yang lembut, jumlah tepung dalam adunan kena letak sikit jer...jadi bila merebus kacang pastikan jangan terlalu berair...tambah air skit2 masa merebus. Kacang tu pulak rendam 2 jam supaya cepat empuk. Air rendaman kena tukar sesekali supaya kacang tak.masam.

Dan bila dah empuk baru masukkan gula dan garam. Masakkan hingga gula hancur. Kemudian dah sejuk skit tambah tepung dan kelapa parut. Gaul sebati jadikan doh lembut. Bulatkan ikut saiz yg kita nak dan leperkan sikit.

Tepung salut

1 cawan tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/2 - 3/4 cawan air

Satukan semua bahan. Gaul sebati. (Adunan tidak terlalu cair, macam tepung goreng pisang tu yer).
Celup kuih dalam tepung dan goreng hingga keperangan dengan api sederhana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...