Thursday, December 25, 2014

Nasi lobak merah (carrot rice)

Menjamu tetamu dengan nasi karot tengahari ni....dipadankan dengan coselaw dan seven spices roasted lamb, potato n carrot.....

Nasi lobak merah (carrot rice)

INGREDIENTS (Bahan2nya)

2 cups of rice (2 cawan beras)

3-4 cups water (saya sukat air ikut jenis beras...kalau basmati 1: 1 1/4)

½ onion, finely minced (1/2 biji bawang besar - cincang)

A couple tablespoons of chopped green bell pepper (2 sb cili benggala/capsikum yang dicincang - lebih kurang 1/2 biji)

3 cloves garlic, minced (3 ulas bawang putih)

3 tablespoons oil (3 sb minyak)

1-2 tsp. salt (to taste) (garam secukup rasa)

1 sb lada hitam biji

Several cardamom pods (5 biji buah pelaga)

2-3 whole cloves (3 kuntum bunga cengkih)

A few pieces of cinnamon bark (1 batang kulit kayu manis)

1 whole green chili, optional (sebiji cili hijau)

2-3 carrots, grated ( 2-3 batang lobak merah)

HOW TO MAKE

1.      Cook the onions and bell pepper in oil over medium heat for 5-10 minutes. Add the garlic and cook just until before the garlic turns brown. Add the salt and pepper. (Tumis bawang dan cili benggala selama 5-10 minit. Masukkan bawang putih dan tumis hingga keperangan. Masukkan garam dan lada hitam)

2.      Add the grated carrots and cook in the oil until the oil turns yellow and the carrots are soft, about 15 minutes. (Masukkan lobak dan masak hingga lembut selama lebih kurang 15 minit)

3.      Add the rest of the spices, the green chili and the water and bring to a boil over high or medium-high heat until most of the water is absorbed, about 10-20 minutes, depending on the kind of rice you use. Watch to make sure the rice doesn’t burn. (Masukkan bahan lain dan masak hingga air kering dan beras kembang dengan sempurna)

4.      Once most of the rice is evaporated, lower the heat to warm/low and cover the rice. Steam for about 10 minutes or until all the water is absorbed and the rice is cooked through. (Perlahankan api dan tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 10 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnya. Setelah itu, buka penutup dan biarkan seketika sebelum di kareh agar nasi cantik sebiji2)


Tuesday, December 23, 2014

Roti burger bamboo charcoal

Inilah hasilnya...burger hitam yang lazat dan menyihatkan....
Sumber asal resepi ini ialah facebook kelab roti tapi saya ubah suai ikut bahan2 yang ada dan tambah bamboo charcoal powder. Charcoal powder ni bagus untuk meningkatkan metabolisma dan memperbaiki blood circulation jadi jangan takut2 nak makan.
Bahan2
...
500gm tepung gandum
100gm gula kastor (boleh kurangkan gula kepada 50gm kalau taknak roti manis)
40gm susu tepung
1st bread improver (tak letak)
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk = 265gm
80gm mentega
1st bread softner (tak letak)
20 gm bamboo charcoal powder (boleh kurangkan kepada 10gm kalau tak nak gelap sangat)
cara,
campur bahan kering dan masuk bahan cecair
uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik (saya uli guna BM)
perap 30minit buang angin,
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c
suhu bakar ikut jenis oven anda



Sambal cili hijau padang

Resepi sama yang pernah saya gunakan dari blog infooresep. Saya buat banyak, nak kurangkan jumlah cili hijau yg terlebih beli utk masak nasi briani sabtu lepas.....separuh isi dalam botol dan bekalkan pada family yg datang ke rumah...

Bahan-bahan :
250 gram cabe hijau besar, buang tangkainya (cili hijau)
50 gram cabe rawit hijau (untuk hasil lebih pedas) (cili padi)
4 siung bawang merah (4 biji)
3 sendok teh minyak goreng, untuk menggoreng
2 siung bawang putih (2 ulas)
2 buah tomat ijo (tomato hijau)
½ sendok teh air jeruk nipis (1/2 sk air perahan limau nipis)
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya

Cara Membuat Sambal Cabe Hijau

Potong kasar cabe hijau dan cabe rawit hijau. Kemudian kukus cili hijau dan cili padi hijau bersama dengan bawang merah, tomato, dan bawang putih kurang lebih 5 menit. Angkat jika sudah layu, tumbuk bahan diatas secara kasar. Usahakan saat menumbuk, semua bahan tercampur sempurna.

Siapkan minyak goreng dan tumis semua bahan sampai layu dan tercium bau yang harum. Terakhir tambahkan gula, air jeruk dan garam pada tumisan dan aduk rata. Masak terus sampai benar-benar matang. Angkat sambal dan sajikan bersama lauk yang lain.



Friday, December 19, 2014

Ikan tumis tomato

Ikan tumis tomato

Bahan2nya

4 ekor ikan mabung - goreng (ikan2 lain yg sesuai di goreng pun boleh)
Serai - dititik
Kacang sweet peas
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumbuk

3 biji cili masak
10 biji cili padi
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji tomato

Cara2nya

Tumis bahan tumbuk dan serai hingga pecah minyak. Masukkan peas. Tumiskan seketika. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan goreng dan kacau rata....dah siap.


Tuesday, December 16, 2014

Khasiat serai


Geng2 sekolah dok discuss pasal khasiat teh serai yang boleh detox dan segarkan badan Kebetulan badan memang tengah sakit2 lately. Tengok dalam peti ais ada serai skit....dapat la satu mug besar....share dengan kakak. Saya tambah halia sebab nak mengurangkan angin dalam badan......boleh kot macam ni kan....hehehe

Okay la......Jom kita lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih. 

Sumber rusukiri.blogspot.com

Memutihkan gigi 

Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Mengatasi masalah perut 

Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

Serai sebagai 'Pain Killer' 

Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

Detoksifikasi

Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Melegakan senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan turut hilang. 

Agen pencegah kanser 

Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Menurunkan tekanan darah

Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Mencantikkan kulit

Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

Mengubati infeksi kulit

Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

Sebagai diuretik

Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.


Kordial bunga telang

Mentang2 jiran yg tanam pokok ni bagi kebenaran...baru jer ambil dua tiga hari lepas, balik keja tadi pergi kidnap lagi bunga ni....ari tu punya habis dah buat sirap bandung frozen.  Hari ni kutip bawak mangkuk....nasib baik mbsa dah mesih rumput kalau tidak penuh lagi kaki kain dengan kemuncup...


Kordial bunga telang

Bunga telang buang hijaunya

Gula

Air

Daun pandan koyak dan simpulkan

Masak semua bahan hingga mendidih dan gula hancur. Tapis dan simpan dalam bekas. Kalau nak tahan lama simpan dlm fridge.

Bila nak minum bancuh jer macam sirap biasa....kalau perah limau jadi la minuman ajaib thai...nam dok achan...

Ini la rupa bunga telang yg fresh....baru petik kat kebun jiran...bunga telang ni ada dua tiga spesis....yg selapis...yg berlapis2...

Ikan masak asam jawa

Ini salah satu lauk feberet saya. Kuahnya ada rasa masam manis....sedap...

Ikan masak asam jawa

Bahan 2


5 ekor ikn kerisi [boleh gunakan ikan lain seperti selar/kembung/bawal]

2 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..5 s/b cuka + 2 cawan air] 

1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu] 

1 biji tomato buah [belah 4] 

minyak 

garam

Saya tambah gula


Bahan Hiris

3 ulas bawang kecil 

2 ulas bawang putih 

1 inci halia 

1 biji cili hijau/cili padi

1 biji cili merah 

1 labu bawang besar 

Cara

1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dengan kunyit & garam 
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan. 
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit. 
5. Bila dah mendidih masukkan ikan, garam, gula, kacau sebati dan tutupkan api. 
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...