Saturday, October 4, 2014

Nasi pudina

Harini ada orang order nasi pudina....dia order nasi jer untuk jamuan yang bertemakan hijau...


Kisar

4 cawan daun pudina (ambil daunnya) 
3 labu bawang putih
20 ulas bawang merah
7 inci halia
6 biji cili hijau (cili ni boleh tambah - ikut nak pedas mana ....saya letak sikit sebab anak2 nak makan)

Bahan tumis

15 kuntum bunga cengkih
6 kuntum Bunga lawang
5 batang Kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
2 sk halba
3 sb minyak sapi
1/2 cawan minyak masak (kalau suka bole gantikan dengan minyak sapi keseluruhannya)

3 kg Beras basmati

1 1/2 kg Santan pekat

Air secukupnya

Garam secukup rasa

Pewarna hijau.

1/2 cawan daun pudina

Tumis bahan kisar dan bahan tumis hingga naik bau dan garing. Sementara itu, masak nasi seperti biasa dengan santan + air dan garam secukup rasa. Bila air dah kering masukkan bahan tumis dalam periuk nasi. Gaul rata. Titiskan pewarna dan biarkan sebentar. Taburkan 1/2 cawan daun pudina.

Friday, October 3, 2014

Mee sanggul udang banjir

Mee sanggul memang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Tapi sekarang ni jarang beli sebab sesetengah tu tak berapa sedap. Mee sanggul yang ini saya beli dari jiran....jenama mama...

Mee ni boleh tahan lama jadi saya beli 4 paket....selain di goreng, sedap juga dibuat pengat dengan pisang dan keledek.

Mula2 tadi rancang nak digoreng.....tapi bila dah siap bahan2 terlintas pulak nak masak mee udang banjir.....teringat masa bercuti ke utara dua tiga tahun lalu....makan mee udang kat pulau sayak dan tanjung dawai......sedap sangat...

Jom tengok resepi....

bahan2nya
1 kg udang saiz L
2 sb cili kering kisar (lebihkan kalau nak pedas)
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
4 biji tomato yang direbus hingga lembik (penyek2kan)
sawi
karot
bunga kobis
putik jagung
kobis
celery

Tumbuk

7 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih

minyak untuk menumis

1 paket 250gm mee sanggul dicelur dan ditoskan

***********
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dan tumis sebati. Masukkan tomato rebus.dan air secukupnya. Biarkan mendidih. 

Pecahkan telur dan biarkan telur sedikit masak. Masukkan sayur dan udang. Biar hingga udang dan sayur masak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masukkan mee dan hidangkan....

Nampak sedap tak...ada gaya2 mee udang kat pulau sayak dan tempat2 sama waktu dengannya tak.....hehehe

Thursday, October 2, 2014

Aiskrim goreng

Lama anak2 minta buatkan aiskrim goreng. Asyik tertangguh jer sampai la anak2 kena attacked ngan virus coxsackie....mulut penuh ulcer dan ummi terpaksa bagi makan aiskrim untuk melegakan mulut yg sakit tu.....
Bahan2nya

Aiskrim sebarang perisa pilihan
Roti gardenia secukupnya

Cara2 atau proses penyediaannya boleh rujuk di link ni

Selepas disediakan aiskrim ni perlu disimpan dalam freezer seeloknya semalaman sebelum digoreng...
Minyak mesti betul-betul panas dan masa menggoreng cuma beberapa saat jer...

Dah siap goreng.....jom ngappppp
Tuang sos coklat tambah umphhhhhh....

Kabsa ayam dan kambing

Tempahan 20 paxs dari org surau....dia nak ayam ngan kambing sebab yang menempah tak makan kambing..
Resepi ni dah banyak kali ulang sebabb byk permintaan......jadi kalau berminat ble amik kat link ni yer...


Kabsa ayam....ayamnya sume nyorok....

Ni pula kabsa kambing.......

Kali ni saya buat salsa tomato

2 biji cili benggala
cili padi ikut citarasa
2 biji bawang holland
2 biji tomato
2 biji lemon - perah jusnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

kisar semua bahan. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Salad...

Jem roselle

Bila kita menyediakan kordial roselle mesti ada hampasnya. Hampas roselle tu jangan dibuang sebab boleh dijadikan jem untuk dimakan bersama roti atau biskut lemak...

Jem yang siap di masak dan disejukkan disimpan di dalam bekas yang sesuai...

Ini sebahagian hampas kelopak roselle.....yang diproses untuk dijadikan jem...
3/4 daripada hampas ni saya kisar dengan sedikit air hingga halus manakala selebihnya saya biarkan kasar...

bahan2nya

hampas dari 1 kg roselle yang telah direbus untuk dijadikan kordial.
gula secukup rasa
perahan lemon jika suka
Sedikit air

cara2nya

Kisar 3/4 hampas dengan sedikit air hingga halus.
Tuangkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali. 
Masak hingga likat. Sejuk dan simpan di dalam balang kaca atau bekas yang sesuai.

Bekas kaca tu saya re-cycle dari botol sos pasta 

Wednesday, October 1, 2014

Sup tulang akar teratai

Akar teratai yg dibuat chip pun sedap....hari ni cuba dimasak bersama sup tulang hasil cadangan tokey kedai dimana saya beli sayur nih....
Memandangkan anak2 tak berapa sihat....mulut penuh ulcer...sesuai sangat buatkan sup untuk dimakan bersama bubur nasi.....walaupun supnya hanya diambil kuahnya sebab sukar nak mengunyah...
Sup tulang akar teratai

bahan2nya

1 kg tulang rangka/tengkuk (saya suka bahagian ni sbb byk dagingnya)
2 ruas akar teratai
3 batang king oyster mushroom
3 batang celery
1 batang lobak merah
1 ketul lengkuas (dihiris/diketuk)
3 batang serai diketuk
garam secukup rasa
Gula batu sebesar ibu jari
Jus perahan 3 biji limau kasturi

************
Bahan tumis

5 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris
6 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit minyak

****************
hiasan jika suka (saya tak letak sebab takde stok)

hirisan daun ketumbar / daun sup dsn daun bawang
bawang goreng

***************
sambal kicap

cili padi di hiris
kicap 
perahan limau kasturi

Cara2nya

Rebuas tulang hingga empuk. Masukkan bahan2 lain. Sementara itu, tumis bahan tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan ke dalam periuk sup.
Taburkan hiasan bila dihidangkan bersama sambal kicap.

Jus roselle

Tadi pegi pasar jumpa roselle....murah gak....sekg rm3.50......apa lagi...amik la sebungkus. Dah lama tak jumpa buah ni kat pasar dan dah lama tak buat kordial dan jem roselle......

Nak buat kordial roselle ni senang sangat....

Bahan2nya

1 kg roselle

1 1/2 kg gula pasir

1 liter air

Masak semua hingga gula larut sepenuhnya. Dan sedikit pekat. Sejukkan. Tapis hampasnya dan simpan di dalam bekas yang sesuai.

***********************

Jem roselle

Hampas roselle

Gula secukupnya

Sedikit air

Masak hingga gula larut dan jem memekat...

Sejukkan dan simpan didalam bekas yang sesuai...

Menurut sumber http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/569-sekuntum-roselle-sejuta-khasiat roselle merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat. 

Tambah beliau, Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.

Ramai saintis percaya bahawa  pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan.

Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. 
Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:

Mencegah penyakit kardiovaskular.
Mencegah kanser
Demam panas/selesema.
Resdung (alergi) dan lelah (asma).
Stress/sukar tidur
Melancarkan peredaran darah
Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
Mencegah penyakit jantung
Mengubati pening kepala/migraine


Buah roselle yang telah dikeluarkan bijinya dan dibersihkan...
Kordial siap dimasak....

Inilah hasilnya dengan sekilo roselle, sejukkan betul2 sebelum dipindahkan ke dalam bekas yang sesuai....simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama sebab kordial ini tidak menggunakan bahan pengawet

.....jangan takut dengan warnanya yang pekat tu sbb ianya pewarna asli.....selamat lagi berkhasiat.
Ini pulak hampas dari kelopak roselle yang direbus untuk dijadikan kordial......warnanya masih pekat....jangan dituang dalam tong sampah yer....jom kita proses untuk dijadikan jem pulak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...