Thursday, July 2, 2015

Agar-agar Kering



Bersiaran lagi untuk kesekian kalinya....hehe. Kali ni nak share resepi agar2 kering. Saya suka gak makan benda nih.....sebelum ni pernah buat, tahun lepas beli siap. Tahun ni kerajinan kembali menghantui....hahaha...
Bukan apa sebenarnya, mengambil peluang dari kurniaan Allah....puasa tahun ni cuaca panas terik. Jadi dah Allah bagi haba yg cukup banyak secara percuma, lebih baik manfaatkan secukupnya. Siap juga dua tiga balang agar2 kering untuk dijamu kepada tetamu yang datang di aidil fitri yg mulia nanti....


Agar Agar Kering
Oleh Zulfaza love cooking

Bahan-bahan:

60 gm agar-agar bertali (yang ni saya guna 51 gm agar2 sbb itu jer yg ada....)
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir (saya kurangkan jadi 1kg jer)
Pewarna makanan (ikut citarasa - kalu tak letak pun tak apa)


Cara-cara:

Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur. 
Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. Masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.


Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan (yang kita guna untuk buat coklat tu atau kukis cutter - tapi kalu guna kukis cutter ada banyak lah reja/lebihan yg tak tentu hala bentuknya - jgn buang....jemurkan sekali....boleh mkn jugak dan rasanya sama jer) untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik. (Dulu2 mak sedara saya buat nipis2 pastu gulung dan potong....lawa jugak....)

Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik supaya ia kering sekata.

Nota:

Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...