Wednesday, February 21, 2018

Waffle


Crispy waffles with vanilla icecream for tea....weekend minggu lepas. Bila teringin tu turutkan ajer bila ada kesempatan dan kesihatan.


RESEPI WAFFLE RANGUP
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering atau guna instant yeast
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Full Cream Milk)
1 biji telur dalam suhu bilik.
1 sudu besar esen vanila
1/2 cawan Air suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair.

2. Bila adunan sudah sebati, rehatkan selama 10-15 minit. Sambil itu, panaskan waffle maker.

3. Tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker secara pelahan-lahan.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan, tunggu 5-10 saat terlebih dahulu. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle lebih sekata dan terhasil dengan cantik dan tidak melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker.

5. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan).

6. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa sahaja mengikut citarasa anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...