Monday, February 19, 2018

Paha ayam panggang


Teruja melihat gambar yang BFF post kat group. Ayam panggang dengan sayuran resepi chef masak dengan hati masak dengan iman.....chef selebriti....chef amar. Kecur kejap air liur menatap masakan member tu. Bahan2 rempah ratusnya kebanyakan ada stok kat rumah. Pepagi tadi cari ayam.

Lepas balik dari pasar, hantar barang balik rumah dulu sebelum pergi ke pasaraya sekejap mencari barang keperluan. Masak pun mula lambat. Dah hampir zohor. Siap masak pukul 3 lebih baru lunch.


Ayam panggang dengan sayuran

10  ketul paha ayam
1/4 cawan minyak zaiton
2 sb rempah kabsa
1 sk Serbuk Lada hitam
1 sk Serbuk paprika
1 sk Chili flake (emping cili)
1/4 cawan Parsley (segar cincang)
1 sb Oregano
1 sb Basil
2 labu bawang putih -.belah dua dengan kulit2nya
2 biji.bawang besar belah 2 dengan kulitnya
Garam secukup rasa
1 sk Serbuk kunyit
Kentang dipotong wedges
Lobak merah potong panjang



***sayuran boleh diperbagaikan dengan tomato, jagung, brokoli, bunga kobis, zuchini dll.

Gaul semua bahan kecuali bawang putih dan besar. Susun dalam loyang bersama bawang2. Perapkan selama satu jam. Tutup demgan foil dan bakar selama 1 jam. Buka foil dan bakar hingga garing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...