Sunday, February 18, 2018

Homemade onion ring


Onion ring homemade....seenak yg dibeli di AnW...ker sedap lagi...😙😙😙. Yer la.....serius lagi sedap dari kat fastfood tu....yg ni fresh tanpa pengawet......dan bahan2 segar gitu. Rangup sangat...dah sejuk pun masih sedap.


Resepinya simple ajer.

ONION RING HOMEMADE RANGUP

2 biji bawang holland - botong bulat dan pisang2kan bulatannya.

Tepung salut

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
Garam dan lada hitam secukup rasa
1 sk baking powder
1 biji telur

Satukan adunan tepung dan gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.

Optional

Serbuk roti (breadcrumb)

Cara2nya

Celup gegelang bawang ke dalam adunan tepung dan salut dengan serbuk roti. Goreng dengan api sederhana hingga keperangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...