Wednesday, February 21, 2018

Pau goreng inti kacang merah


Satu doh dua hasil berbeza......sebahagian doh saya jadikan roti kastard pan.....sebahagiannya pula saya sumbat dengan inti kacang merah dan bagi nama pau goreng inti kacang. Menu minum peyang isnin lepas.


Pau goreng inti kacang

Bahan A:

Tepung gandum- 400 gram
Tepung wholemeal - 100 gm
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Mentega - 55 gram

Bahan B:

Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam B.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati. Saya guna breadmaker.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.

Nak uli guna tangan pun boleh. Satukan semua bahan. Uli sehingga doh tak melekat dan licin.


1) Bahagikan doh ikut citarasa

2) Bulatkan dan leperkan. Letak inti kacang dan tutup doh, rounding betul2 agar doh tak terbuka dan inti keluar mada menggoreng. Pastikan inti tak terkeluar.  Letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar doh tidak melekat di tray.

3) Perap sehingga naik dua kali ganda. Angkat doh dengan sudip yg dioles sedikit minyak dan letaklan di atas pan yg telah dipanaskkan dengan api kecil.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat pau menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Goreng hingga keperangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...