Saturday, February 3, 2018

Bihun Sup Istemewa untuk majlis potluck bulanan

Cerita semalam. Meneruskan program portluck bulanan di ofis setiap jumaat akhir bulan. Cuma jumaat bulan lepas tak dan nak buat jadi terlajak ke jumaat bulan baru.


Kali ni saya masak bihun sup, kosnya sumbangan Abang Man....staf teknikal kat ofis ni...t abg man...moga murah dan berkat rezeki abg man yer.

Kebiasan bihun sup ni resepinya gitu2 jer. Kali ni saya memberanikan diti mencuba resepi yang agak berbeza. Tak sia2 rasanya memberanikan diri mencuba resepi . Alhamdulillah rasanya sangat sedap pada tekak saya.


Saya merujuk resepi daripada Azie Kitchen tapi tak diikut 100 peratus. Sedikit olahan dibuat mengikut kesesuaian dan citarasa.


Mee hoon Sup Istimewa

Bahan bahan:

1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar.
1 pack fish ball dan fishcake
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan lain:

2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Sambal kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara;

Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi.  Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.

Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis.

Masukkan air secukupnya. Perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.

Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

Sambal Kicap

Bahan bahan:

Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
Kicap
Air masak
Garam

Cara cara:

Goreng bawang putih dan cili padi hingga layu sebelum ditumbuk. Masukkan kicap dan sedikit air. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam jika perlu. (Boleh juga letak perahan limau atau sedikit cuka jila suka)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...