Wednesday, February 21, 2018

Laksa utara


#breakfast #laksautara. Ahad lepas, nak taknak kena pegi pasar utk cari stok lauk pauk. Nampak ikan sardin dan pelaling mata jernih2....beli skg utk kuah laksa. Plan nak buat utk minum petang tapi byk pulak benda lain nak buat jadi postponed ke pagi Isnin.


Laksa @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

1 kg ikan selayang - rebus dengan 5 keping asam keping dan asingkan isi dengan tulang2nya. Kisar isinya dulu menggunakan air rebusan dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian kisar tulang dan kepalanya, tapis dan masukkan patinya ke dalam periuk.

Bahan lain

5 keping asam keping (boleh tambah kalau tak cukup masam)
15 biji cili kering (ikut citarasa nak pedas boleh tambah) kisar bersama
1 biji bawang besar
2 inci belacan (bakar)

Masukkan ke dalam periuk. Dan masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan

Secekak daun kesum dan sekuntum bunga kantan belah 4.

Perisakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah sedikit pekat (ikut citarasa)

Bahan2 pelengkap

1 paket laksa (terpulang nak guna yang basah atau kering) - celur lembut


Hiris

Daun salad
Timun
Bawang besar
Cili

Limau kasturi - belah 2
Daun pudina (optional)
Telur rebus
Petis (optional)

Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah. Taburkan bahan2 hiris.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...