Monday, September 4, 2017

Tart Nenas


Dah lama teringin nak makan tart nenas....tapi nak yang biat sendiri dan intinya pun homemadr. Tu yang lama menunggu....tunggu masa dan kerajinan untuk siapkan jem nenas.

Raya haji baru ni MIL dan BIL family datang beraya kat sini. Dia bawakan nenas 4 biji sebagai buah tangan. Tak sempat nak dibuat pajeri raya tu...sampai dah masak sangat jadinya. Sayangkan nenas tu terbiar rosak.....separuh dibuat jelatah padanan nasi daging aritu. Saya kisar dan buat jem.


Semalam saya dah buat dohnya tapi tak larat nak sambung buat....tangguh punya tangguh petang ni barulah terhasil tart rangup sedap dan mantops meletops nih...tq  K Nor @secubitgaram atas perkongsian resepi ni.


TART BUNGA/ TART NENAS GULUNG

sumber: K Nor @secubitgaram

250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

hiasan:

1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.


Cara2:

Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.

Perap sebentar supaya doh mesra.

Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )

Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai.

Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray atau atas tray ikut bentuk yang diterap.

Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket ke dalam papercup.

Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.

Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.

Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.

Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.

Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.


Nota tambahan

* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.

* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.

* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak.

RESEPI JEM NENAS

2 biji nenas masak - kupas dan parut/kisar
1/2 kg gula perang/putih atau gula secukup rasa

Masukkan nenas kisar ke dalam kuali. Masak hingga airnya kering. Masukkan gula dan masak hingga jem pekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...