Tuesday, September 5, 2017

Puyuh Goreng Berempah


Menu simple2 jer untuk tengahari semalam. Penat balik dari kebun, memindahkan pokok2 yang dibawa dari rumah sambil bersihkan rumput rumpai yg makin subur memenuhi kebun.... Pastu dok jengok2 pisang dapatlah 3 tandan yang dah tua.

Balik rumah masak cepat2 sebab kul 2 anak nak pegi tuisyen. Jadi puyuh ni dah digaul tak sempat nak perap pun...terus goreng. Sedap ayam kecik ni anak2 kata....seronok diorang makan anak ayam....


Puyuh Goreng Berempah

10 ekor puyuh
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
1 sb serbuk lada hitam
2 sb Serbuk kari
Daun kari secukupnya (tak letak kali ni)
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
------
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.

Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...