Saturday, September 2, 2017

CROISSANT BREAD AND BUTTER PUDDING



Resepi adaptasi KEVIN DUNDON yang dipostkan di epicurious.com/recipes jadi pilihan saya petang ni. Sebelum ni saya buat caramel croissant bread pudding tapi hari ni saya pilih resepi yang lebih mudah memandangkan kesuntukan masa.

Croissant ni dibuat sambil masak nasi daging...terlebih garing sedikit sebab lupa nak tanya khabar masa dok leka siapkan bahan2 untuk masak nasi....hukhukhuk....adeh...tambahan pulak croissant yang dibeli agak terlebih garing jugak tapi dek kerana takde pilihan lain beli jugak la... Alhamdulillah rasanya tak terjejas sangat...kalau tidak fengsan hakak...tetamu dah sampai...nak buat baru takdan dah...


CROISSANT BREAD AND BUTTER PUDDING

Bahan2nya

70 gm (5 sb) mentega
6–8 croissants (crescent rolls), potong kecil
50 gm (1/3 cawan) kismis/mix fruit
*300ml (1 1/4 cawan) double/heavy cream
*300ml (1 1/4 cawan) susu
*4 telur gred A
*1/2 sk serbuk kulit kayu manis
*70 gm  (1/3 cawan) gula perang atau gula kastor

Cara2nya

Aturkan 1/2 croissants yang telah dipotong didalam loyang saiz 8 x 12 inci atau 20 x 30 cm.

Taburkan 1/2 raisin atau mix fruit. Kemudian susun baki coissants dan tabur baki kismis.

Satukan * dalam mangkuk dan gaul sebati hingga gula hancur. Tuang ke dalam loyang berisi croissant. Tekan2 sedikit croissant di dalam loyang supaya semua cecair menyerap ke dalam croissant. Taburkan dengan mentega yang dipotong kiub2 kecil. Bakar di dalam oven pada suhu 180°C/350°F selama 30 minit atau hingga keperangan.

Hidangkan dengab sos kastard.

Resepi sos kastard

1 1/2 cawan susu segar
1/3 cawan gula perang
2 sb tepung kastard
1 sk eaen vanila
Secubit garam

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. Kacau sentiasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...