Thursday, September 14, 2017

Jem Nanas

Buat dua versi jem nanas malam ni...satu untuk sekut, yg ni untuk sapu kat roti.....anak2 tersuka la pulak...siap promote kat kengkawan  ummi diorg nih buat jem sendiri....hahaha...alahai anak.

Jem nenas untuk tart nenas

Yang ni pulak untuk sapu kat roti

Jem nenas

3 biji nenas - kupas kulit dan buang matanya. Potong kecil dan buang empulurnya. Kisar dengan sedikit air.

Tuang bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga air nenas kering.

Masukkan 3 cawan gula perang atau gula putih. Kacau rata. Masak hingga gula cair. Masak hingga jem pekat. Kacau selalu supaya jem tidak hangit.

(Untuk dijadikan jem sapuan, masak jangan terlalu kering.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...