Thursday, September 14, 2017

Soto Ayam (Bersantan)




Menu makan malam semalam. Tetiba bila dah pandai buat begedil sedap terus teringin nak makan soto. Jadi balik pejabat semalam terus la menyiapkan soto istimewa yang saya olah dari sumber asal Azie Kitchen.

Bagi sesetengah orang mungkin agak pelik skit kuah soto ni macam kuah lodeh sebab menggunakan santan. Tapi sebenarnya viarisi ni biasa jer....saya pun mula2 kenal soto yang berkuah santan ni.  Dan kalau rajin google resepi soto dari seberang  pun memang banyak resepi yg lebih kurang resepi yang saya kongsikan ni.

Family saya suka...ada kelainan.....


Soto Ayam

Bahan bahan:

I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
5 helai daun salam

Bahan Kisar:

5 ulas bawang merah                  
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Rebus ayam (kalau guna ayam kampung rebus hingga empuk) selama lebih kurang 15 minit. Keluarkan ayam yang telah direbus, gaul kunyit dan .garam.  Goreng hingga garing dan potong kecil atau carik2kan isinya.

Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai, daun salam dan lada putih.

Masukkan santan dan garam secukup rasa.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau dan bahan2 hiasan lain .


Sambal kicap

Segenggam cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap
Air perahan limau nipis/lemon secukup rasa

Goreng cili dan bawang putih hingga layu. Satukan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar lumat.



Bahan  bahan Lain:

Ayam Goreng dicarik atau potong kecil
Taugeh
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil (Klik resepi di Link ini.)
Nasi Impit – potong kecil







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...