Friday, September 29, 2017

Kek mentega durian


Mengekek lagi. Teraphy minda....lapang fikiran mencium bau harum semerbak kombinasi mentega dan durian. Tengok kek keluar cantik hepi rasa. Anak2 pun tak sabar2 suruh potong...nak makan. Siap pesan esok nak bawak sekolah banyak2.

Kek ni pun macam kek cempedak....bermusim.  Sekarang ni walaupun musim sepanjang tahun tapi harganya berpeluh nak beli...mahal melampau. Entah apa nak jadi....dah macam harga durian kat obese. Tapi sesekali kalau teringin pejam mata ajer la bayar. Tambahan pulak yg teringin sangat tu anak2. 😓😓😓


Kek mentega durian
Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan

250 gram mentega
200 gram gula castor (kalau buat plain butter kek gulanya boleh tambah jadi 250 g)
250 gram tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum + 1 1/2 sk baking powder)
4 biji telur (saya guna telur gred A)
200 gram isi durian




Caranya

1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan lembut.
2) Tambah telur dan tepung, selang-seli
3) Masukkan isi durian dan gaul rata.
4) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius atau sehingga masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...