Monday, December 4, 2017

Cekodok Pisang


Sementelah stok pisang tengah banyak dan dah ranum ni saya buatkan cucur pisang nih untuk minum petang. Itupun gara2 melihat pos dalam group wasap masakan. Terliur dengan kegebuan cucur dia....munggil2 jer kejadiaannya.


Cucur aka cekodok aka jemput pisang @ ZLC

2 cawan pisang
Sedikit air
3 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Gula secukup rasa
Sedikit garam

Kisar pisang, garam dan gula dengan air hingga hancur. Tuang dalam mangkuk. Masukkan tepung dan baking soda sedikit demi sedikit sambil adun rata. Adunan mesti tidak terlalu cair. Senang dijemput dengan tangan.

Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak panas. Terbalikkan adunan supaya masak dan garingnya rata. Setelah keperangan, angkat dan toskan. Guna api sederhana untuk memasak. Cucuk la kat lidi sate nak bagi nampak macam best jer.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...